Monday, February 28, 2011

KESATRIA..."SABO JE LA" ~~~

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
lama x update blog ni...sibok sikit ngan aktviti kat u...post kali ni nk kongsi skit aktvti yg wannie join utk sem ni....mmang best la...bebaloi2...
jom kita baca..

ari khamis baru2 ni wannie ada join  camping kat BENDANG MAN....mmang best la...mula2 nk p 2 mmag malas skit...lam otak kata x nk la...malas...tapi bila dah smpai sna lain plk jadinya...
kitorg bkumpul kat lobi masria kol 5.30ptg..smua platih2 kesatriaan negara pakat pkai baju hijau...fuhhh...macam nk p berjuang la plk kan..

kitorg smpai kol 8 lbih la jgk...(mmang mngantok sngat masa lam bas 2...dngan perot yg tngah bkeroncong..)

masa first2 smpai si2...first pandangan aku..(mak ai komander2 ni agak2 la nk suruh beratur pon...xkan nk kawat lg kot dah la bwak beg berat ni..menyesal aku dtang sini..p kem kat beris lg best..xda la sngat peraturan2 cam ni..)..masa smpai 2 pon kmi semua kna la peratur....rasa mcm nk balik ja time 2..sabo je la..
lpas 2 kmander bawak la kmi p tempat utk kami beradu...(dalam hati...cam mna la tmpat 2..msti tdo lam dorm pnya)...tiba2..........meleset apa yg aku bayangkan..tido lam kemah rupanya....ok fine..aku blh terima lg...tapiiiii...!!!...toilet ja yg eden x bekenan...mandi air akar kayu(pak din cakap)....mmang mencabar sngat...dah la platih pmpuan yg p ari 2 ramai...nk tau platih laki bapa org..hehehe...4 je....skitnya...tapi diorg ni sporting gila ..
malam 2 kami dihidangkan dngan masakan yg paling sedap...perhhhh..best la...mkanan mewah 2..teringat plk masakan mak msa makan time 2...wlaupun simple tapi rasanya mmang sedap..

SEDAPPP!!
Haa...malam petama tido kat khemah 2...YA ALLAH sejuk nk mampos...rasa cam tido lam peti sejuk ja time 2..dah la selimut x bawak mmang terbaiik la..

keesokan harinya geng2 khemah aku bngun kol 4 pagi...fuhh...memang liat sngat2 la nk bngun...hanya tuhan saja yg tau betapa sejuknya aku time 2...erm memang x mandi dah pagi 2...sejuk kot...mandi air akar kayu lg.(air dia x payah nk cita la) ..ampa paham2 sndri la...warna air klau ampa nk minum pn blh..jdi milo ais..pagi 2 kmi bhimpun  pkul 5.45a.m & solat ramai2...pas2 kitorg kena msok lam group n bincang nk boh nma group apa..so bila dah perah2 otak...akhirnya ujud la nma kmpulan ni [kongsi..(kmpulan aku)..then sifu & tongga,KL drift ,zombi kg pisang,tranfomer, pisau cukur ]...HAAAA...mesti korang fikir apa plk boh nma ni..actualy tema kitorg kali ni filem so kitorg pilih la tajuk2 ni..

dah la 2...x larat nk cita dah ha...t sambung lg kisah ni...tngok gamba dlu...jom

solat ramai2
tngah tnggu giliran

acara guling2 dlm lumpur...abis kotor baju aku
ahli group aku
explorase...acara tegangkan kulit muka...berseri2 la jgk kan lps 2..kih3
malam kebudayaan
kami ni memang suka snap
zombi..~~~~otaakkk..
 lepas sarapan...
mcm2 gaya da!!
view kat blakang ni khemah budak2 laki...Haaa...cam ni la klau tiba time mlm mmang sejuk la..

Monday, February 21, 2011

waHH...biar betul aku menari ..


ASSALAMUALAIKUM...warahmatullah~ ~ ~ ~sambung sendiri la ea...

HAHA...gumbiranya hatiku pabila menulis blog ni..apa xnya...mengingati kembali kenangan2 ku masa part 1 dekat UITM tercinton...banyak kenangan yg pahit da manis pon ada..ha pilih ja nk yg mna 1..(mcm sale la plk..)..sem lepas best sngat ponat pon ado jugak mna xnya kmi kan budak baru belajar apa lg seniot2 ni HA...mengarah la kmi membuat ssuatu yg AMAT kmi xpnah fkir pon nk buat...buang masa je...


Perhatian2..!! malam ni ada meeting diploma in banking(DIB)...budak2 part 1 diwajibkan hadir..klau x kena tindakan tatattertib..(wahh poyo gila..mentang2 kmi ni xtau pa2 lg..).. :P
malam yg dinantikan pon tiba..tapi budak2 kelas aku p lambat meeting 2 haha biasa la kan..semua mata tertumpu kat kami je time 2...(ala relex la bang kitorg da kelas kot..xkan nk ponteng plk)....Hem....agaknya seniot2 ni nk pekenakan kelas kitorg kot..ada ke patot dia ckap HA KORANG KENA BT PESEMBAHAN...SEMUA WAJIB MASUK..ha...mampos la..dah la budak2 klas aku ni klau bab2 ni..memang x suka skit...hemmm...seniot2 tu siap bg warning lg ckap nk tau tajuk pesembahan kitorg mlm tu jgk..kami bt bodo je time diorg ckap..tiba2 da budak2 kelas aku bg idea bernas pnya..(bukan beras cap bernas ye..)..slepas abis dipertimbangkan keluaq la sbijik idea yg smua org setuju..(ha ayat kedah keluaq dah)..maap la klau ada yg x faham ye..nk tau apa idea 2..hehehehehe... kitorg nk menari , jadi model catwalk n buat psembahan silat..Waahhh banyak gila kitorg bolot..hahaha..HAA..nk sangat kan..ambik ko seniot2..

Yg buat kitorg geram 2..ada ka patot sbenarnya kelas kitorg je semua wajib bt psembahan n other kelas ikot suka bapa org nk bt, janji ada wakil..siot betol..

Nk tau x colan2 yg nk jdi model catwalk..hahahaha...ada ke patot budak2 kelas aku suruh aku masok..aku tkejut la jgk..mna xnya x penah kot jdi model2 ni..gila ko nyah...nk bt cam mna dah kena paksa(dalam hati wah3...suka2..hehehe :P  cakap mcm keling luar xnk dalam hati hemmmmmm.yummi..).. malam 2 bermulalah sesi pozing...hahaha...mcm2 gaya da...bdak2 laki klas kitorg siap jdi penonton lg..mak ai malu kot nyah..aku pon bt la muka seposen yg x seberapa segak ni ,jalan mcm model siap buat gaya diva gitu..(hehehe terlebih sudah)...

Hari2 sbelom malam dinner banking mmang memenatkan..panas hati pon ada jgk kan dengan..tet....tapi lawak la budak2 kelas aku ni...hahaha(sakit perot gelak) kalau la korg boleh tngok gaya kitorg menari msa bt latihan mau pecah perot lo...semua keras badan..bdak2 laki lg la..gaya ular tedung n segala spesis yg seangkatan dengannya la diorg psembahkan..hahahaha..ye la mna x nya kitorg kna mnari hindustan hei..slalu tngok pojaann hati je menari kat tv last2 hero n heroin malaya plk ganti tempat diorg..OOhh...shah rukh khan kau la pojaan hatiku(yeuww.. filing lbih nmpak)..ptang 2 lelaki2 malaya kelas aku mnunjukkan skill diorg dlm silat..WOW hei cek abg yg manis...senyum pipimu terukir..(hancus la lirik lagu ni klau dapat kat aku...)..memang pehh smart la...terpukai nyah kitorg yg geng2 pmpuan ni..x pcaya do...dalam senyap2 diorg ni berbisa kot.. :P  

Hari yg dinantikan pon tiba...petang 2 semua cewek2 banking pakai lawa2 Ooo...mcm mak datin pon ada jgk...tapi budak2 kelas kitorg x bsiap lg...pkai simple2 je dulu..kat hotel nnti kitorg salin..Kol 5 smua kna kumpul kat pjabat kolej masria..waahh mcm rombongan cek kiah dah aku tngok..ramai bebenau..2 biji bas angkut geng2 pempuan...mcm2 kerenah la bila dpehatikan soang2..

SP IN (sungai petani mjadi saksi segala2 nya)...smpai je kat si2 semua org pakat kalot nk bt rehearsal dngan ramai yg x datang lg...time 2 mmang kelangkabut la..last2 yg bt bgi geng2 gurlz kelas aku hangin satu badan ada ke patot akak 2 cakap dik korg pegi siap la t x sempat coz dah pkul 6 lbih dah...(eiii lain kali kan senang klau bgtau suruh kitorg siap awal2 x la mcm nk balik kmpung dah ha soang2 usung beg baju la barang mekup la..)...tension gila time 2..dah la blik nk salin baju smpit dngan ramai org lg...mcm tin sadin dah ha..akak 2 bg 15 minit sruh kitorg bsiap...makk aii pmpuan bsiap lama cik akak oi...siap bg tempoh lg..klau kitorg lmbat xda rehearsal for we all.
jeng3..tibalah masanya pesembahan kitorg...wahh gugup kot...tapi bila atas pentas hilang abis smua 2..siap prasaankitorg semua enjoy lg menari...waahh ramainya peminat yg tepuk   tangan..lg la bt kitorgbsemangat...VVIP yg kat depan pentas siap bangun lg sbb terhibur ngan psembahan kitorg..
 

nak tngok x pesembahan kitorg..ala malu la(blushing kat pipi
wakaka.gatai la)



 siapakah itu??

Wahh...romantik la..!!!































Thursday, February 17, 2011

Berita Penemuan Yakjud dan Makjud..!!


 by Kejuruteraan Insaniah on Sunday, February 13, 2011 at 1:25am

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..

 Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.

“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.

“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu    segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.
Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan. “Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).

“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.
Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’. “Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..
Apa pandangan atau pendapat anda tentang peristiwa di atas ?

adakah benar ia berlaku?? adakah benar dunia benar hendak kiamat?? wallahu a'lam...


Pesanan buat isteri kesayangan..


by syahirul.com on Saturday, February 12, 2011 at 10:40pm

Kamu derhaka jika:

1.Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."

2.Membantah suruhan atau perintah suami. Sabd...a Rasulullah s.a.w. "Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".

3.Bermasam muka terhadap suami. Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya".

4.Jahat lidah/mulu pada suami. Sabda Rasulullah s.a.w. " Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya".

5.Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.

6.Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya."

7.Menghina pengorbanan suami. Maksud Hadith: Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.

8.Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya. Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.

9.Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith: Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt

air tgn org tidak solat


 ASSALAMUALAIKUM....
 wannie nk bkongsi sedikit apa yg wannie bca..hope korang blh ambil pngajaran....

by #sarawak on Friday, June 25, 2010 at 7:02pm

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ‘ kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~