assalamualaikum......
ha kat blog ni sapa yg tngah single or dah berpunya blh la baca....best Ooo hdup single ni...jom la kita baca apa yg ada kat bawah ni...adiyoss
Ramai yang beranggapan bahawa orang yang single itu hidupnya tidak berseri. Sebenarnya tanggapan anda itu silap. Sebenarnya banyak kelebihan jadi single ni.
Kalau nak tahu kelebihannya jom sama-sama kita terjah kelebihan jadi single ini :-
1. Bebas ke mana sahaja tanpa sekatan
* Biasalah bila jadi single ni siapa pun tak peduli. Nak ke mana pun tiada halangan. Tak ada lah juga istilah 'punch card' atau 'friend finder' walaupun ke kedai depan beli santan seperti mereka yang bercouple.
2. Tak perlu jaga penampilan
-Selekeh-selekeh pun tak ada yang bising kan. Nak simpan rambut panjang ke, pakai baju bundle ke kuku panjang ke bela janggut ke tak ada yang peduli. Kalau ada ada awek kena smart sokmo. Memang rimas ! 3. Bebas dari bunyi miss call dan SMS berkali-kali
- Hari-hari berSMS atau berbual dengan orang yang sama memang membosankan. Lagi bosan kalau asyik ditanya soalan yang sama seperti 'wat apa', 'kat ne' dan 'dgn sapa'. Mau pengsan rasanya. Kalau single tak perlu lalui semua yang menjengkelkan ini.
- 4. Bebas ke mana sahaja dengan sesiapa sahaja
Bila single ni tiada yang akan cemburu jika keluar dengan kawan lelaki atau perempuan. Bagi mereka yang bercouple tu mungkin pasangan mereka melarang mereka bergaul dengan jantina yang berlainan. Nak add as friend di Facebook pun tak boleh. Kolot betul !
5. Bebas nak buat apa sahaja
Nak hidup dalam tunggang terbalik ke nak buat apa pun tak menjadi masalah. Tak ada yang kisah. Kalau yang bercouple tu mesti diorang ada pantang larang kan. Contohnya tak boleh lagi hisap rokok. Kalau kena kat perokok tegar macam mana? Pilihlah nak awek atau rokok.
Terpulanglah kepada individu itu sama ada nak kekal single ke nak couple ke apa ke. Tapi perlu di ingat setiap orang punya jodoh masing-masing. Bila sampai masanya nanti anda perlu tinggalkan semua yang anda buat ketika zaman single anda itu...
No comments:
Post a Comment