Tuesday, May 31, 2011

belaja mandarin..

assalamualaikum..

ni hao ma my fwens yg tengah selongkar blog sy ni? wo hen mang with my study at uitm..xiexie come wo de blog..
 2 baru intro dari apa yg aku dah belajar selama dua hari with my laoshi..her name lee chai chuen...she is so beautiful n nice person..

first day dah belajar number 1-10 dalam mandarin..yg ni aku blh ckap lg sbb sebelom ni aku penah dengar akak aku sebut2 n belajar dlm tv..cewah bila baca ja ok la kn laju je then bila laoshi kata cuba baca terbalik plk meant dari 10 sampai 0..haha mcm2 bunyi ada...kitorang ni mcm bdak darjah 1 la sbb pkara2 asas x tau lg..masuk ja kelas suasana mcm kat sekolah rendah blh dengar kalau sapa dok kat luar kelas.. jom aku nk kongi ngn sapa2 yg baca blog aku...
0_ ling             11_shi yi              
1_ yi                12_shi er                                   
2_ er               13_shi san                                        
3_ san             14_shi si
4_si                 15_shi wu
5_wu               16_shi liu
6_ liu               17_shi qi
7_qi                 18_shi ba   
8_ba                19_shi jiu
9_jiu                 20_er shi
10_shi               21_er shi er
 
sekarang aku dah blh baca dari number 1 sampai 99..senang upanya belaja number ni....baru no. la yg len x msuk g..yg 2 aku x blh komen apa2 g sebab baru belajar sikit2 lg...k la zaijian..wo xiang ni men.. :)



my bufday...

salam kepada yg tengah baca blog aku ni..geram gila dah la 2 minggu x update blog ni gara2 x blh nk bkak tpi nsib baik la malam ni dngn kesabaran aku ni aku layan jap kerenah dia...bnyak story yg aku nk cita kt sini..

hmm..bufday aku baru je berlalu n genap la umo 19 tahun..dah besar upanya aku..tahun depan msuk angka 20 plk..bufday aku kali ni x la meriah mcm korang...aku x smbut pon..dok umah hadap tv ja mcm x da apa2 yg special ari 2..orang first wish mesti la wo mama...wo ai nie mama..kedua plk aman,ni aku ikut urutan tau sapa yg paling awal wish..lepas aman hijrah a.k.a spupu paling ngam ngan aku then ida my lovely fwen..lastly kwan2 fb la..

ari selasa bff aku ajak kuaq saja jalan2 kat alor star..aku pn on la..x sangka plk aku ida nk bg something kat aku...terharu gila..mula2 tu kitorang dok tnggu makanan kat fc then lama sngt kitorg tnggu tuan kedai 2 p mana tah kitorang pon jalan2 la..masa jalan tu ida ajak aku p kedai bear jap..aku kata la nk bt apa malas la..dia kata ikot la..time ni aku x syak apa2 g then aku pn ikot la dia...msuk2 dia dok pilih bear2 tu..aku bt bodo je la..dia kata pilih la..aku pn pelik nk pilih bt apa..then lama2 aku baru perasan yg bufday akubaru lepas ja..haha..time 2 aku bt bodo ja..biar dia pilih sndiri kat aku..lastly dapat la hadiah dri kawan yg paling aku sayang..stiap kali bufday aku ada ja la benda yg dia nk bagi masa kt skolah teknik dulu..

ni la hadiah 2


ni plk gambar2 masa kitorg tengah shopping..

depan cermin pn kitorg belasah


pilihan yg ideal

tengah makan2 kt fc







Monday, May 23, 2011

why why why !!!

 tidakkkkkkkkkkkkk
kenapa semua ni terjadi...bencinya..semua perasaan ada ni..(filling lebih2 la plk...tapiii why why why..!!)
dah la aku tunggu ko punya la lama mcm ni ko layan aku...aku ni punya la sabar menanti last2 kau hancurkan harapan aku..

kau hancurkan hati ku,
kau hancurkan jiwaku,
(nyanyi kejap..^^)

tau la kau jadi kegilaan ramai pn tapi jngan la bt mcm ni kat aku..sedih tau x..adammmm... :(

come back..i need u..gegeh la aku ni...hahaha ada ciri2 plakon latar x..kui3....ni semua angkara NUR KASIH THE MOVIE  la ni...patut la exclusive kat panggung ja x bt cd..pandai david teo.'
first2 beli tiket tadi teruja gila nk tengok cita ni...lama kot tnggu..aku ingt lg last ada kt tv masa aku form 5 kat teknik..masa 2 layan gila cita ni..bilik tv kt asrama mcm tin sardin dah gara2 penangan aidil + adam + amina..

nk tau napa aku emo sngt..mna x nya dok tngh filing aidil tiba2 masuk cita org tua a.k.a aidil senior...ish kacau daun btol la..nk dekat last2 cita 2 mcm nk cepat abis ja pengarang dia bt...aku nk tnya skit kenapa amina senior ala2 mcm hilang ingatan ja...why?? adakah ada sambungan lg(mustahil2 cukup la penamat kt situ...tapi x puas la..)

cita kali ni bnyak jgk unsur suspen & lawak...x dan nk filing sedih lawak ja lbih..tapi best lo...5 star to this movie..mak cik ,pakcik bnyak jgk yg tngok cita ni hari ni..yg aku ni plk tiba2 nk bt filing2 nangis la konon..hahaha..time msuk cinema la selsema aku gegeh nk jadi...eiii...msti org kat sebelah aku kata filing gila budak ni..tapi hakikatnya aku selsema la..!!...BFF aku siap ckp lg ang nangis ka wei....malu do..siap bwk keluar tisu g..

tapi aku mntak2 la lain kali jngn bt ending dia mcm 2 lg klau nk bt filem mau nangis aku...waaaaaa..

layan lagu ni

Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata


Chorus
Bertemu cinta kita akhirnya
Setelah tangis tanpa suara
Bertemu cinta bagai cahaya
Menyuluh hati menjadi kasih sejati
Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan


Ulang Chorus


Lantaran kasihmu dan kasihku
Tiada rahsia pemisah kata


Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya

comei sngt mia sara masa part ni... ^^

Personaliti Lelaki Mengikut Horoskop


Aries (21 Mac – 20 April)

Orang Nya: Anak mak! Smart mamat. Intelligent (boleh la….)

Tips utk memikat: Bagus untuk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya.

WARNING: Jika anda betol anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jangan lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan diworkshop baru baik.


Leo (24 Julai – 23 Ogos)

Orang nya: Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego.(kadang-kadang je ego). Pandai berkata-kata.

Tips utk memikat: Sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.

WARNING: Jangan.. saya ulangi.. JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak.


Virgo (24 Ogos – 23 September)

Orang nya: Pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng’eng. Suka mencari perhatian dari perempuan.

Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jangan banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng’eng.. kuat merajuk)

WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang ter “over welming”.. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.


Libra ( 24 September – 23 Oktober)

Orang nya: Cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal. Suka buat keputusan `last minute`. Seringkala kontrol diri depan perempuan.

Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky.. SO be urself.

WARNING: So bila nak date.. makai lah make-up yg sederhana.. tapi jangan lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem.


Scorpio ( 24 Oktober – 23 November)

Orang nya: Action serius, mudah cemburu, mood swing..

Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe! janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuan nya dengan orang lain.

WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio…(jangan kata tak kasi warning)


Cancer ( 22 Jun – 23 Julai)

Orang nya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya)

Tips utk memikat:
Jangan pulak anda pun nak step kaya… nanti habis duit dikebas.

WARNING: TOLONG Jangan terpedaya dengan kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi…


Sagitarius ( 23 November – 21 December)

Orang nya: Fu.. yoh.. siapa dapat memang untung… Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan-jalan.. Sort of adventurous.

Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke? Anything asal kan jangan membosan kan…

WARNING: Jangan “u plan.. i plan lah”..’confirm tak ada plan’.


Capricon ( 22 December – 20 Januari)

Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluah kan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda.

Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jangan give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal

WARNING: Macam layang-layang putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jangan mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti…


Aquarius ( 21 Januari – 19 Februari)

Orang Nya: Pijak semut tak mati… Suka yang cantik dan menarik perhatian.

Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan you.

WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggal kan kita.. kita blah dulu


Pisces (20 Februari – 20 Mac)

Orang Nya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Mudah perasan. walaupon tak hensem..

Tips utk memikat: Senyum sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila-bila.

WARNING:
Mungkin bakal jadi playboya.


Taurus (21 April – 21 Mei)

Orang nya: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri. Suka Bantu orang lain.

Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real you…

WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang… kesian takde orang lain layan…


Gemini (22 Mei – 21 Jun)

Orang nya: Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jangan harap anda nak menang.. dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasan nya

Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua.

WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengan nya.. kalau dah tak tahan dengan mereka.. blah aje jangan banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer…..

Wednesday, May 18, 2011

rahsia nama

Satu lagi rahsia nama. Siapa kata tiada sebarang erti di sebalik nama seseorang??? Dengan hanya berpandukan kepada ‘nama’ pelbagai rahsia personaliti mampu kita bongkar jika tahu caranya…!! Jadi, apa kata kalau kita sama-sama berkongsi satu rahsia untuk mengenal pasti apakah maksud yang tersirat di sebalik namu kamu…Mudah saja!!!

Kenal pasti abjad-abjad yang terkandung dalam ejaan nama kamu. Sekiranya ada abjad yang berulang, kira abjad tersebut untuk sekali sahaja. Lihat maksud abjad yang terdapat dalam nama kamu. Gabungkan kesemu maksudnya dan lihatnya hasilnya…Itulah keperibadian yang ada dalam diri mu sebenarnya..!!!!


A-Agak pendiam sekiranya terdapat sesuatu perkara bermain-main dalam fikiran kamu.

B-Berhati-hati apabila bertemu individu yang baru di kenali.

C-Sikap kamu ada kalanya agak menjengkelkan orang yang di sekeliling mu. Hindari dari sikap suka berlagak mu itu!!

D-Kamu bermasalah untuk mempercayai orang lain.

E-Kamu tergolong dalam kategori individu yang menyeronokkan.

F-Kamu tidak mempunyai kepakaran dalam mengadili sesuatu perkara.

G-Kamu memiliki cara yang tersendiri untuk memerhati dan menilai individu.

H-Semua orang menyayangi kamu.

I-Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain turut tersenyum.

J-kamu gemar bersosial dan berhibur

K-Kamu gemar mencuba sesuatu perkara yang baru.

L-Kamu percaya pada cinta.

M-Kejayaan hadir dengan mudah dalam kehidupan kamu.

N-Kamu gemar berkerja tetapi kamu sentiasa inginkan waktu untuk berehat.

O-Kamu tergolong dalam kategori individu yang berfikiran terbuka.

P-Kamu seorang yang peramah dan amat memahami.

Q-Kamu memiliki tahap pemikiran yang luas dan jauh ke hadapan.

R-Opss..kamu agak cemburu orangnya.

S-Kamu agak hipokrit.Awas!!!

T-Kamu masih sembunyikan sesuatu dalam diri kamu. Kamu masih lagi belum menonjolkan bakat atau kebolehan yang ada dalam diri kamu sepenuhnya.

U-Wow!! kamu memiliki rupa dan fizikal yang menarik!!.

V-Kamu sentiasa berperasaan bahawa kamu harus standing dengan individu di sekeliling mu walau pun ia di luar kemampuan diri kamu yang sebenar.

W-Kamu sentiasa mementingkan waktu-waktu peribadi yang ada. Kamu akan cuba mempergunakannya sebaik mungkin.

X-Kamu tidak suka pada arahan. Bagi kamu, kamu tidak perlukan arahan orang lain dalam hidup ini!!

Y-Kamu sering menimbulkan pelbagai masalah kepada orang lain bahkan diri kamu sendiri.

Z-Kamu sentiasa bergaduh dengan seseorang!!

Gabungan kesemua abjad nama kamu ini akan membolehkan kamu melihat dan mentafsir dengan lebih jelas keperibadian diri kamu yang sebenarnya…….


D-Kamu bermasalah untuk mempercayai orang lain.
A-Agak pendiam sekiranya terdapat sesuatu perkara bermain-main dalam fikiran kamu.
L-Kamu percaya pada cinta.
I-Kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain turut tersenyum.
H-Semua orang menyayangi kamu
M-Kejayaan hadir dengan mudah dalam kehidupan kamu.

kenapa perempuan masih lagi single..!!

Paras rupa – Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat, setiap kita adalah unik!

Penampilan diri – Even paras rupa menjadi point utama bagi seseorang lelaki, penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. Tunjukkan yang awak ini feminin. 

Tutur bahasa dan adab sopan – Ni lagi satu pointnya. Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. Ayu, ayu gitu. Mesti ada yang terpikat nanti. ;)) 

Tidak yakin pada diri sendiri – Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat. 

Serik untuk berkapel – Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa. Untuk itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda. Jangan ingat, anda telah putus cinta bermakna tiada hari esok untuk anda. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri anda. Gunakan Tentang Cinta sebagai contohnya. Kongsikan pengalaman anda dan lihatlah, anda bukan seorang di dunia ini. Ada ramai lagi rakan-rakan yang sudi membantu anda. :D


24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
 
> Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. 
 
> Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya
 
> Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. 
 
> Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
 
> Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
 
> Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
 
> Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
 
> Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
 
> Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
 
> Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
 
> Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
 
> Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
 
> Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
 
> Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
 
> Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
 
> Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
 
> Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
 
> Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
 
> Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
 
> Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akanmengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
 
> Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
 
> Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
 
> Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
 
> Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
 
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

lelaki acuan al-quran..??


Lelaki Acuan Al-Quran ialah?
  • Seorang Lelaki Yang Beriman.
  • Lelaki Yang Hatinya Disaluti.
  • Lelaki Rasa Taqwa Kepada Allah SWT.
  • Lelaki Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu.
  • Lelaki Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala.
  • Lelaki Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya.
  • Lelaki Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar.
  • Lelaki Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu.

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah? 

  • Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya.
  • Lelaki Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya.
  • Lelaki Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya.
  • Lelaki Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung.
  • Lelaki Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh.

Lelaki Acuan Al-Quran ialah?

  • Lelaki Yang Menghormati Ibu bapanya.
  • Lelaki Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga.
  • Lelaki Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam.
  • Lelaki Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat.

Lelaki Acuan Al-Quran ialah?
  • Lelaki Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya.
  • Lelaki Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran.
  • Lelaki Mencontohi Sifat Rasulullah SAW.
  • Lelaki Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara.
  • Lelaki Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya.

Lelaki Acuan Al-Quran ialah?
  • Lelaki Tidak Pernah Membazirkan Masa.
  • Lelaki Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca.
  • Lelaki Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir.
  • Lelaki Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan.
  • Lelaki Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan.

Lelaki Acuan Al-Quran ialah?

  • Lelaki Sentiasa Mengingati Mati Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga.
  • Lelaki yang Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian.

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah?
  • Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia
    Mengimpikan Syurga Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Tuesday, May 17, 2011

kisah azab mayat seorang polis melayu

Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.


Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.
Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.
Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.
Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.
Cintai Allah, Cintai Islam.
Moral cerita:
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
2. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu.
Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan