Friday, May 6, 2011

Tip Lulus Temu Duga Sektor Swasta



Kita mahu kerja di perusahaan bukan semata-mata bijak di akal tetapi juga di hati dan melalui tingkah laku.
Justeru, bagi mereka yang bergraduasi dengan PNGK cukup-cukup makan, sila ikuti tip-tip ini untuk menonjol di mata penemu duga hinggakan dia akan berbisik kepada dirinya sendiri, "Pensyarah budak ni salah menilai agaknya."

Tip Pertama: Tujuan
Sebagai orang Islam, kita mesti tahu perkara pertama yang perlu ada sebelum kita buat sesuatu perkara, bukan? Ya, niat.
Niat anda mencari kerja mesti betul, agar keseluruhan acara bekerja diberkati Allah yang setiap saat memerhatikan kita dari atas sana. Kerja itu ibadat.
Jadi, pastikan kita bekerja kerana Allah. Kalau bekerja kerana mak ayah, sudah pasti muncul dalam imaginasi kita gambaran kita memberi wang RM500 sebulan kepada mak ayah.
Tetapi kalau kerja untuk Allah, bagaimana?
Ya, untuk menambah baik masyarakat sekeliling dan semuanya. Orang kata add value.
Kita bekerja untuk membolehkan diri kita menyahut saranan Allah untuk add value dalam umat manusia, bermula dengan add value dalam keluarga (keturunan), kejiranan, kampung, negeri, negara dan dunia.
Mana tahu nanti anda akan mengganti Ban Ki Moon selaku Setiausaha Agung PBB?
Allah suruh kita buat baik, memberi makan kepada orang miskin dan anak yatim, bantu-membantu, mengeluarkan zakat, bersedekah dan menyampaikan ilmu.
Ini semua kita tidak dapat dilakukan kalau tidak ada duit. Nak dapatkan duit kena kerja. Jadi, bekerjalah kita kerana Allah.

Tip Kedua: Persediaan 
Berfikiran Positif
Sekiranya kita mengakui kita memang sejenis manusia bercas positif, maka di hari temu duga kita pasti akan positif tahap maksimum. Dalam masa mencari kerja (menganggur), buatlah perkara-perkara yang anda selesa dan bagus padanya (good at it). Makan makanan yang anda suka. Nikmati setiap detik "bercuti" dengan kawan-kawan. Do not over confidence, just... smart.

Studi Menyeluruh
Sekarang sumber informasi banyak, jadi pastikan sebelum ke bilik temu duga sesebuah syarikat, kita sudah tahu sebanyak mungkin maklumat berkenaan syarikat tersebut. Paing tidak, hal semasa dan asas perniagaannya, lingkungan produknya dan cawangannya. Kalau ke bilik temu duga Proton dan penemu duga menyebut tentang hal semasa Proton seperti, "Lately our company is having a great discussion about engaging partnership with Volkswagen, what do you think about this issue?" Dan kalau kita jawab, "Oh, really? I actually don't really know that." Itu memang menggali kubur sendiri. Juga studi lokasi temu duga (termasuk aliran trafik waktu puncak) sehari sebelum sesi untuk datang 30 minit lebih awal nanti.

Berlatih
Cakap depan cermin dan lihat bahagian mana yang perlu diperbaiki. Gaya tangan, nada suara, atau leher. Manalah tahu nak speaking punya sampai tergeliat leher... hehe. Boleh juga ajak kawan untuk konon-konon jadi si penemu duga.
Resume
Resume mesti ringkas dan padat, paling tidak dua muka surat. Kemudian. Semua item dalam resume akan menjadi modal bagi penemu duga untuk bertanyakan soalan. Boleh lihat nanti bila dia nak tanya soalan, dia akan belek-belek resume kita dengan muka tak percaya. Jadi, pastikan semua butiran dalam resume itu anda tahu keseluruhan ceritanya. Bawa back up document. Kalau dalam resume kita menyatakan tentang projek akhir tahun, bawa laporannya.
Sekufu
Sekiranya mahu cepat dapat kerja, aim dulu company yang sekufu dengan PNGK kita. Kalau grad 2.33 dalam bidang kejuruteraan Mekanikal mahu target Shell atau Slumberger memang susahlah bang. Cari syarikat swasta biasa-biasa dulu. Sama ada syarikat tersebut kena dengan cita rasa atau tidak, tidak kisah. Apa yang penting ialah mencari pengalaman pertama berkerja. Selepas ada pengalaman setahun dua, kalau rasa nak demand, silakan.
Pakaian
Bagi jawatan eksekutif seperti eksekutif pentadbiran, arkitek, jurutera palnner dan lain-lain: kemeja warna cerah, seluar gelap, kasut hitam, rambut pendek (kalau boleh buat stail Carlo Ancelotti) dan kenakan tali leher; warna biar waras jangan pakai klip Doraemon pula. Bagi anda si gadis comel-comel, saya rasa saya tak perlu nak komen lebih, anda semua lebih expert bab pakaian, bukan? Pemakaian tidak ada kompromi. Jatuh cinta tahu pula pandang pertama. Jadi, jangan tak tahu perkara itu juga boleh berlaku di bilik temu duga. First impression bukan perkara main-main.

Tip Ketiga: Perkara Asas
Sahsiah diri. Perkara ini adalah 'kemasan diri' atau kekuatan EQ kita. Graduan dengan 3.50 pointer ke atas pun belum tentu pandai dalam bab ni. Jadi ini peluang sama rata untuk semua lapisan CGPA.

Tepati Masa
30 minit awal untuk rileks, hirup udara dalam perusahaan, dan berak dulu kalau perut bertindak mahu menjahanamkan sesi temu duga anda... hehe. Pokoknya, ambil masa untuk bersedia.

Jadi Diri Sendiri
Ya, betul kita dah buat studi, berlatih, dan self talk malam semalam bagai nak rak tapi jangan biarkan skrip-skrip itu semua membuatkan anda jadi seperti robot. Jangan asyik ulang benda dalam kepala takut lupa, just let it go. Kosongkan fikiran dan free. Biarkan skrip-skrip tadi berada di belakang kepala yang akan keluar secara spontan dan natural.
Jujur
Syarikat adalah pembeli, dan kita datang pada hari itu untuk menjual diri. Maka, kita dengan ikhlas perlu target bagi mencapai win-win situation. Syarikat mendapat pekerja yang baik, pekerja mendapat syarikat yang sesuai dengan diri. Jadi, kita kena jujur. Tak suka, cakap tak suka. Tak tahu, cakap tak tahu dalam bentuk terbaik. Kalau kita yes sir saja memanjang untuk pancing kerja, nanti dapat kerja yang tak kena jiwa, bos pening kepala malah kita juga turut merana.

Be Cool
Jangan gentar. Penemu duga itu adalah pak cik seseorang yang suka menyiram pokok bunga pada pagi hari minggu. Alah, macam pak cik kita juga. Jadi, jangan masuk ke dalam bilik temu duga dengan kepala lutut bergetaran dan perut berombak-ombak. Rileks dan anggap temu duga sebagai sesi berbual-bual.

Bahasa Badan
Anda tahu 70% komunikasi adalah pada bahasa badan? 10% pada intonasi suara dan hanya 20% pada bahasa. Sebab itulah walau pun tidak pandai bercakap, babun Afrika boleh hidup bermasyarakat hanya dengan terpekik-pekik kala singa tiba-tiba muncul. Justeru, perlu tahu bermain mata. Kalau ada tiga penemu duga, pandang mereka sama rata jangan sampai ada yang merajuk. Tangan tak boleh tetap pada satu kedudukan, mainkan ia ikut irama kata. Jangan biar lama atas meja, jangan biar lama bawah meja. Muka kita pula mesti penuh minat, penuh konsentrasi, penuh tenaga. Sekali anda menguap depan penemu duga, memang tidak ada harapanlah jawabnya.Begitu juga, anda perlu bijak membaca bahasa badan penemu duga dan kendalikan sebaiknya.

Tip keempat: Temu Duga
Butiran spesifik.
Soalan pembukaan paling popular adalah "Introduce yourself, please." Baik, jangan lupa untuk senyum dulu dan ucapkan terima kasih. Beri biodata ringkas, termasuk hobi. Ulas tentang kursus yang kita ambil serta kekuatan diri. Jangan meleret, just nice. Anda perlu ingat, ini bukan soalan suka-suka, sebenarnya ia satu soalan tidak langsung kepada soalan langsung iaitu, "Why should we hire you?"

Pandu Sesi Soal Jawab
Sebenarnya, kita boleh pancing tukang temu duga ke arah skop yang kita kuasai. Kadang-kadang penemu duga menyediakan soalan, kadang-kadang tidak. Justeru, soalannya akan berbuah daripada jawapan kita pada soalan sebelumnya. Semasa menjawab soalan, secara automatik kita sepatutnya dapat menjangka soalan yang bakal keluar dan kalau kita boleh pandu soalan-soalan itu ke ruang lingkup pengetahuan kita, itu adalah peluang keemasan! Jadi, cuba beri jawapan yang berpotensi memancing minat penemu duga untuk bertanya lagi berkenaan subjek kita itu. That's it!

Cara Berdalih
Kadang-kadang rantaian atau tembakan soalan akan sampai ke satu titik yang memerlukan kita cakap, "Sorry I don't know." Ish, takkan nak cakap tak tahu, jatuhlah saham kan? Memang ada penemu duga yang sengaja nak jatuhkan kita. Dia cornered kita dengan soalan tahap CEO, dia tanya, tanya dan tanya sampai kita terkencing. Kadang-kadang memang kita boleh nampak niat "jahat" dia ke situ. Tak adalah "jahat", lain penemu duga lain cara. Kita pula nak cakap tidak tahu, takut gagal temu duga. Lalu kita pun cuba untuk menipu. Sila jangan cuba untuk menipu penemu duga, kalau tidak tahu, kenalah tahu bahawa ada banyak cara untuk cakap tak tahu dengan cara berhemah.
Kita kena jual diri kita berdasarkan apa benda yang kita ada, dan kejujuran adalah satu benda bernilai yang paling penemu duga suka. Jujur, dan katakan "I am sorry sir I am afraid I do not know to explain on the subject. However I believe learning is my responsibility if I am hired." Jangan cuba tembak, jangan tipu. There is no right or wrong answer. Kadang-kadang penemu duga pun tak tahu, dia acah saja pun ada. Semuanya adalah perbincangan. Dan sebenarnya, penerangan kita itu yang akan pancing minat penemu duga. Dia boleh menghakimi kita bukan daripada segi betul atau salah jawapan kita itu, tetapi cara kita berbincang boleh mencerminkan apakah kita jenis yang sembang tanpa fakta, cuai, tiada keyakinan diri, atau tidak tahu buat kerja. Jadi, jawab berdasarkan apa yang kita tahu. Boleh jadi apa yang kita tahu itu salah dan kita cuma jujur beritahu bahawa memang sekadar itu yang kita tahu. Pastikan anda mengakui dengan penuh karisma dan profesionalisme, penemu duga akan suka untuk menjelaskannya kepada kita nanti. Dia pun mahu tunjuk action juga.

Gaji
Sesi interview adalah sesi jual beli. Jadi, jadilah bijak untuk pancing gaji. Biasanya setiap syarikat ada standard gaji permulaan untuk fresh graduates. Tidak usah risau. Bagi mereka yang sudah ada pengalaman, pasti tahu bagaimana nak kaw tim offer.
Akhir sekali, jangan putus asa, senantiasa bertawakal. Cuba sampai dapat, bila dah dapat cuba improve diri untuk mencari kerja yang betul-betul untuk jangka masa panjang.


No comments:

Post a Comment